buat muka

/ 29 October 2011 /
aku nak isi kebosanan hari aku ni dengan update satu lagi entry kat desague. hari ni tersangat la bosan. sampaikan aku bangun tidur, facebook, makan, facebook. termenung. mengelamun. tidur, jalan-jalan dalam bilik, kacau roomate, facebook, makan. memang tak de life aku hari ni. haha. kau pernah tak buat face expression. atau tengok, hayati face expression seseorang. mestilah pernah kan? penipu la kauu kalau tak pernah. apehal dengan face expression ni? ada sesuatu yang penting ke? yes, penting.


mungkin kau pernah lakukan secara tak sedar. kawan kau tengah sibuk membebel kat sebelah, bebual macam kawan kau je bagus, dia bangga kan sesuatu padahal pada retina kau nampak sangat biasa. pastu, kau dengan slumber nya buat muka yang mengjengkelkan? muka disgust. rolling eyes contoh nya. agak kau, apa kawan kau rasa? happy dengan kelakuan kauu? ye. aku akui kadangkala kita kena bertindak kurang bermoral untuk sedarkan perangai kawan kau yang kurang baik tu. tapi, kau fikir lagi sekali. dengan kau buat muka macam tu? cukup bermoral ke kelakuan kau tu?

kau cuba letakkan diri kau ditempat kawan kau? apa yang bakal kau rasa? meluat bukan? terasa dipandang hina. itu belum dapat kawan yang sensitif bagai nak rak. silap hari bulan, tak bertegur atau muncung mulut duck face 8 inci. kena perempuan PMS, kata-kata tusuk jiwa keluar ibarat peluru. almaklum, perempuan masa PMS hormone imbalance. ini kalau kawan kau jenis ganas laa. haha. ya. tanpa kata-kata kau luahkan. tapi, kau sedar tak body language, face expression itu penting? sebab, dari face expression & body language dapat menceritakan sesuatu. macam quotes ni :

“There are hundreds of languages in the world, but a smile speaks them all.”
senyum sahaja dah cukup untuk buat seseorang manusia gembira. senyuman tak perlukan kata-kata ibarat pujangga. tapi, cukup untuk buat hati berbunga. even the small kids know this language.
"Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan."
hebat bukan? kalau kau buat muka ketika kawan kau bercakap. pada pendapat aku la kan, kau sangat tidak sopan. lebih lagi kalau kau buat depan orang lebih usia dari kau. ada setengah buat muka dibelakang orang tersebut. "alaa. tak pe. dia tak nampak pun". ingat orang lain tak perasan dengan kelakuan kau? buat muka seakan kau tak menghormati kawan kau.

kalau kawan kau salah, kau tegur la dengan tertib. jangan pulak kau tak dapat buat muka depan dia. kau maki hamun dia, perli bertubi-tubi atau memalukan dia. ni nak balas dendam namanya. perli sikit-sikit, boleh la kot. sebagai hint untuk dia sedar dengan perangai dia. kalau tak makan saman dengan perli kau tu. kau tegur dia dengan cara berhemah. cari sikit ruang untuk slow talk dengan dia. supaya terjaga maruah kawan kau & tak malukan dia. kau bersikap lebih matang. kawan kau lebih menghormati kau.

"habis kalau dapat kawan yang dia je betul & bagus? sensitif? tak terima segala teguran?" pandai-pandai kau la nak buat apaa. haha. kau gunakan pendekatan logik. semua orang ada logik dia kan? kau susun ayat tu biar cantik sikit. macam kata pujangga. supaya kawan kau terima teguran kau. dalam kata-kata kau tu, bagi satu situasi yang logik yang berkaitan dengan diri dia. tak pun, efek dari perangai dia yang tak semeggah tu. dia mesti terfikir balik punya laa. umur dah tua, tak kan tak reti nak fikir logik. lain la kau berkawan dengan budak umur 6 tahun. itu memang tak dapat nak bantu la woi. silap-silap main tak kawan tak kawan. terpaksa pujuk beli gula-gula. haha. 

"habis, apa aku nak buat masa dia berbual dia je bagus?" iya kan je apa dia cakap. buat muka tegak. senyum. tak de la kawan kau rasa janggal. terhina. meluat dengan kau. ini soalan jaga hati ni beb. makan dalam. tunggu masa sesuai, tegur la kalau mampu. bukan tugas kawan tegur apa yang kurang pada kawan dia?

aku paling tak boleh bla bila cakap sesuatu dah memang betul, kawan buat muka. memang aku rasa nak koyak kan muka orang-orang macam ni. kalau dah betul tu, ikut je la. kalau salah, tegur. benda simple dah jadi complex. lebih complex kalau ke tahap makan hati, tertusuk jiwa. time tu baru kau gelabah nak mintak maaf, risau.

jangan pulak kau buat muka toya. serious, membosankan. macam Kristen Stewart ni. sama je. tak boleh nak baca apa-apa dari respon kauu. ini mungkin elok untuk kau berhentikan perbualan kawan kau yang superb tu? haha.

0 comments: