Annoying

/ 24 October 2011 /
pehh! first entry untuk blog desague dari akuu. so, apa aku nak cakap disini? facebook, yes. social networking. kau penah rasa annoying tak dengan certain people on social network?  mungkin, engkau sendiri yang annoying. haha.
  • Love
aku terasa sangat mengjengkelkan kepada pasangan yang bercinta, nak cerita semua jadah harem sweet romantik yang kau buat. okay, aku tak kesah kalau setakat amik gambar sesama, comment wall-to-wall setakat 4/5 comment yang sweet, put status "in a relationship ____". tapi, aku paling tak boleh blaa bila dengan khidmat smartphone. semua message dalam phone yang sweet jiwang karat nak snap & upload on the spot kat facebook. nak show to whole world kau bermanjaa? seriously, not necessary! you look like a fool to get people attention to say "awwww~ soo sweeetttt!". haha!


then, nak snap gambar tunjuk satu album gambar kau & si dia jee? siap berpelukan & ada certain mangkuk ayun siap nak kiss. do you think that sweet enough? that's just a stupid mistake. nak-nak kalau yang buat tu muslim & bertudung. sama tak panjang akal pun siap memuji cakap sweet sangatt. gambar macam itu je sampai 40-50 gambar. tak payah la woi nak bangga sangat dengan kelakuan kau tuu. seriously, i think that kinda suck. why? cukup setakat 7/8 gambar la. people get it that both of u are in love. no need to show off! then, segala hadiah antara kau berdua amik gambar & upload kat facebook? tak rasa ke rahsia sweet serta romantik kau tu dah seluruh dunia tahu? aku rasa la kan, kat situ dah tak de nilai special sangat. sebab rahsia antara kau berdua patut tahu, dah ramai tahu. mula-mula, people will be like "ohh. so sweet both of you". tapi, lepas terlalu kerap dengan kebanggaan kau nak show off, people statement will be like this "geli aku tengok. berkepit 24 jam. ingat kau je ada couple?". cinta sakan nak mati, last-last kawin dengan orang lain. berpada-pada sudah.
  • Pages
Pages, aku rasa benda ni sangat annoying. pages setakat website, company, news & etc yang munasabah. itu kira okay la kan. memang customer perlukan pages tersebut untuk dapat info baru yang berkaitan dengan barang yang dorang pakai. pages macam 'Aku takkan mati kerna cinta tapi cinta ku untuk mu sampai aku mati', 'Fesbuk fesbuk jugak,jangan sampai x ingat dunia' & banyak lagi la yang tak masuk akal. macam bangang pun ye jugak. apa motif untuk wujudkan pages macam ni? aku rasa laa, saja nak jadikan sampah sarap dalam sistem facebook. aku sampai tahap terfikir, apehal la ramai sangat like pages sampah? apa istimewa sangat pages tak bermotif tu? memang menyemak kan news feed orang lain secara tidak langsung. aku rasa mcam bodoh kalau pages dijadikan link untuk comment. shit. memang aku rasa macam bercakap dengan Cleverbot. tak payah berfacebook aa kalau tujuan kau semata-mata nak like pages yang akan menjadikan ianya sampah difeeds orang lain & comment seakan orang tiada akal.
  • Request
family request (sister, brother, atuk, nenek, moyang). aku rasa menyemak sangat benda ni dimain request-request. kena kat aku, tanpa berfikir panjang aku memang reject terus kepada orang yang tiada pertalian keluarga dengan aku. haha. for what request? fake. konon la kan nak tunjuk kau rapat dengan sekian orang ni dan orang ni. kawan yang umur sebaya pun nak request sister. aku memang benci benda ni. seakan menyamatarafkan orang luar dengan family kau sendiri? family should always be top priority. family susah senang, itu jugak disamping kau. jadikan la mereka lebih special dari outsider yang datang dalam hidup kau. sampaikan kadang-kadang orang tak dapat bezakan family sebenar kau & kawan kauu.


in a relationship request, okay. aku ada accept request ni. & aku tidak berminat sama sekali sebenarnya. sebab tak de motif untuk aku letak in a relationship with malaun-malaun ni. mungkin, kerana terlalu ramai sangat couple kat muka bumi ni. yang sejantina pun sebok nak buat benda yang sama. manusia memang complex. simple jadi huru-hara. we should proud with what status that we stand for. if you are single, stand for it! not everyone can stand alone. 


application, lebih sampah sarap dari type of request yang atas ni. setakat nak tengok berapa orang view profile kauu? atau, quiz yang kau main? kau sedar tak menyemak kan feeds orang sekali lagi. nak main, main sorang-sorang cukup. tak payah nak publish menatang tuu. yang game pun apa kurang nyaa, setakat game facebook? farmville? & apatah lagi, invite orang yang main cukup. yang tak main pun terlibat sama. memang mintak sesuap makian monolog.
  • Picture
khas untuk perempuan yang show off their face to the public. albums, memang banyak gambar bajet cun amik angle dari atas siap muncung itik, make-up tebal & tunjuk manja. pehh! tak hadap nak tengok. angle, pose, style semua sama. yang cun pun boleh jadi tak cun. bosan bebb, bosannn! tengok benda yang sama. tahu la desperate pujian dari lelaki. nak lelaki cakap, "comel nya awak ni..." no need la woi! show some pride, man will chase you. itu baru yang tunjuk muka. belum yang tunjuk body yang gebu montok solid. haha. mungkin, kau suka begini. sebab tu show off melampau.
  • Status
hari-hari ada je manusia update status facebook. apa kena mengena dengan annoying & facebook? haa. mehh aku bagitahu sini. certain people love to express their feeling on facebook. sampai marah, sedih, maki hamun semua keluar. okay, top 3 emotions aku pilih. why? sebab, kebanyakan nya akan mencarut lebih bila dalam keadaan ni. hormone imbalance, perempuan la ni utamanyaa. aku rasa tak perlu. seriously, not necessary. masalah bawak ke facebook & bagitahu seluruh dunia kau dalam kesedihan & mintak simpati? tak perlu la. kalau betul mustahak, macam kematian ahli keluarga & nak hebahkan, itu munasabah. kalau setakat ikan mati, break dengan balak/awek. nak touching segala bagai. kau lupakan je laa. kau bertindak tak matang. orang meluat. simple as that. 


marah, memaki hamun orang tak tentu pasal kat facebook? kau sedar tak kau dah sebab kan orang lain pandang rendah pada kauu? secara tidak langsung, kau pun sebab kan orang lain marah atas kata-kata kau yang tak bertamadun sebab marahkan seseorang. jangan bertindak guna kepala lutut boleh tak? ingat dengan memaki hamun orang kat laman sesawang akan buat orang impress dengan kelakuan kau tuu? harapan je laa. _________________________________________________________________


SOCIAL NETWORKING -- jadah yang serba maju ni tersebar dalam masa milisecond je. & tak kan sekali apa yang kau dah upload akan mudah delete macam tu je. kau connect dengan ramai orang, mudah sangat dapat caci, maki, hamun, umpatan, topup dosa secara tidak langsung. nak bersosial tu, berpada-pada laa. tak payah sampai ketahap orang meluat dengan kelakuan kau. "ehh? pedulik apa facebook aku?! suka hati aku la nak buat apa!" haha. kalau kau buat suka hati kau, sampai orang sumpah seranah. baik tak payah la woi. menyusahkan orang je. baik-baik facebook user tu guna kan facebook just untuk connect dengan relatives, friends, kau dah susahkan hidup orang tu dengan benda tak masuk akal macam application tu laaa. setakat sikit-sikit orang boleh terima lagi. untung kalau pemurah orang tu nak bagi pujian yang ikhlas. bila melebih-lebih, segala kutukan kau free dapat. fikir rational nak entertain pun.

    0 comments: