entah kenapa

/ 16 January 2013 /
assalamualaikum and a very good evening.

aku sebenarnya tengah nak build balik bakat aku dalam menulis blog semula. aku ada sebuah / sebijik / sehelai blog pada suatu masa dahulu. da lama gila baq hang aku tak update blog tu. aku da tak dapat nak pikir ,, nak update apa kat blog tu.

kalau dulu, aku update blog tu sebab aku nak tulis cerpen / novel chenta yang jiwang leleh air liur katanya, pada asalnya aku buat segala bagai tu, namun setelah sekian lama, setelah membaca blog Hanis Zalikha dan melayan segmen oleh Ben Ashaari, aku da mula lalai dengan tujuan asal aku berblog.

aku da mula addicted dengan benda lain. aku da mula batak dengan pageview. yeeee. aku pernah dapat 10000 pageview dalam masa sebulan dan selepas itu aku makin addicted. lepas aku masuk asasi , aku da mula kurang addicted, first sebab aku tak pakai lappy masa tu.

tapi sekarang, setelah sekian lama tak update blog, last update bulan 10, lama nak mampus* tetiba aku rasa nak menaip balik. aku sebenarnya banyak je idea nak menaip. kadang2, masa tengah kencing, masa tengah berak, masa tengah mandi, aku selalu je terpikir,

oh! nak update tu la,

oh! nak update ini la

tapi entah kenapa, bila aku bukak blog and log in, aku tetiba rasa malas. entah kenapa, kenapa ye? adakah aku terkena writers block seperti yang dikatakan selalu oleh Pingu Toha. mungkin ye. mungkin aku ada saka kot. setiap kali nak bukak blogger.com je mesti aku rasa malas amat.

bukak twitter , bukak facebook laju je ye. =.='

kalau dulu, blog is my passion, sampai satu tahap, aku akan komen setiap hari dekat blog yang aku minat. of course la macam Hanis Zalikha, Maria Elena Zarul, Elia, Fatin Liyana dan whatso evah la!

tapi sekarang, aku da malas, aku menaip kat blog ni pun sebab aku nak tambah balik rasa cinta menaip aku tu. kalau tak, memang tak la aku nak menaip lagi. petang tadi aku dapat invitation daripada Genting untuk hadir Press Conference hari khamis ni.

okay, I will go :3

setelah sekian lama aku tak join segala bagai event, akhirnya aku akan datang semula. aku tak ingat event terakhir yang aku join apa. sama ada Pre Screening ataupun LG event. emm, entah la. da tak ingat . da lama sangat dah.

aku sebenanrnya banyak kerja kat kolej ni. aku rasa pentat jugak kekadang. fed up. kerja tanpa bergaji. kau mampu? even PKP *pekerja kolej yang terdiri daripada pelajar* pun ada dapat gaji, tapi MTM macam aku tak dapat gaji :(

aku cuba untuk ikhlas membuat kerja. be happy and happy always, tapi macam tak boleh :( I just cant. ada satu2 masa, aku rasa nak meraung dan menjerit kuat2 je. ada satu-satu masa aku rasa depressed amat. I cant thinking after all.

:(

okay,. nak out dulu. apa-apa hal lagi, aku update. aku sebenarnya update blog ni sebab blog ni takde pembaca. mungkin ada pembaca, tapi sikit sangat. hahaha. da, okay bai! aku suka mencarut kat blog ni sebab blog aku yang sebenar banyak reader. taki boleh nak kasar2 sangat guna ayat. tapi kat sini, aku bantai je mencarut.

more, korang tak tahu pun identiti aku. *gelak setan*

k, chow cin cau, daaa~

0 comments: