buat muka

/ 29 October 2011 /
aku nak isi kebosanan hari aku ni dengan update satu lagi entry kat desague. hari ni tersangat la bosan. sampaikan aku bangun tidur, facebook, makan, facebook. termenung. mengelamun. tidur, jalan-jalan dalam bilik, kacau roomate, facebook, makan. memang tak de life aku hari ni. haha. kau pernah tak buat face expression. atau tengok, hayati face expression seseorang. mestilah pernah kan? penipu la kauu kalau tak pernah. apehal dengan face expression ni? ada sesuatu yang penting ke? yes, penting.


mungkin kau pernah lakukan secara tak sedar. kawan kau tengah sibuk membebel kat sebelah, bebual macam kawan kau je bagus, dia bangga kan sesuatu padahal pada retina kau nampak sangat biasa. pastu, kau dengan slumber nya buat muka yang mengjengkelkan? muka disgust. rolling eyes contoh nya. agak kau, apa kawan kau rasa? happy dengan kelakuan kauu? ye. aku akui kadangkala kita kena bertindak kurang bermoral untuk sedarkan perangai kawan kau yang kurang baik tu. tapi, kau fikir lagi sekali. dengan kau buat muka macam tu? cukup bermoral ke kelakuan kau tu?

kau cuba letakkan diri kau ditempat kawan kau? apa yang bakal kau rasa? meluat bukan? terasa dipandang hina. itu belum dapat kawan yang sensitif bagai nak rak. silap hari bulan, tak bertegur atau muncung mulut duck face 8 inci. kena perempuan PMS, kata-kata tusuk jiwa keluar ibarat peluru. almaklum, perempuan masa PMS hormone imbalance. ini kalau kawan kau jenis ganas laa. haha. ya. tanpa kata-kata kau luahkan. tapi, kau sedar tak body language, face expression itu penting? sebab, dari face expression & body language dapat menceritakan sesuatu. macam quotes ni :

“There are hundreds of languages in the world, but a smile speaks them all.”
senyum sahaja dah cukup untuk buat seseorang manusia gembira. senyuman tak perlukan kata-kata ibarat pujangga. tapi, cukup untuk buat hati berbunga. even the small kids know this language.
"Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan."
hebat bukan? kalau kau buat muka ketika kawan kau bercakap. pada pendapat aku la kan, kau sangat tidak sopan. lebih lagi kalau kau buat depan orang lebih usia dari kau. ada setengah buat muka dibelakang orang tersebut. "alaa. tak pe. dia tak nampak pun". ingat orang lain tak perasan dengan kelakuan kau? buat muka seakan kau tak menghormati kawan kau.

kalau kawan kau salah, kau tegur la dengan tertib. jangan pulak kau tak dapat buat muka depan dia. kau maki hamun dia, perli bertubi-tubi atau memalukan dia. ni nak balas dendam namanya. perli sikit-sikit, boleh la kot. sebagai hint untuk dia sedar dengan perangai dia. kalau tak makan saman dengan perli kau tu. kau tegur dia dengan cara berhemah. cari sikit ruang untuk slow talk dengan dia. supaya terjaga maruah kawan kau & tak malukan dia. kau bersikap lebih matang. kawan kau lebih menghormati kau.

"habis kalau dapat kawan yang dia je betul & bagus? sensitif? tak terima segala teguran?" pandai-pandai kau la nak buat apaa. haha. kau gunakan pendekatan logik. semua orang ada logik dia kan? kau susun ayat tu biar cantik sikit. macam kata pujangga. supaya kawan kau terima teguran kau. dalam kata-kata kau tu, bagi satu situasi yang logik yang berkaitan dengan diri dia. tak pun, efek dari perangai dia yang tak semeggah tu. dia mesti terfikir balik punya laa. umur dah tua, tak kan tak reti nak fikir logik. lain la kau berkawan dengan budak umur 6 tahun. itu memang tak dapat nak bantu la woi. silap-silap main tak kawan tak kawan. terpaksa pujuk beli gula-gula. haha. 

"habis, apa aku nak buat masa dia berbual dia je bagus?" iya kan je apa dia cakap. buat muka tegak. senyum. tak de la kawan kau rasa janggal. terhina. meluat dengan kau. ini soalan jaga hati ni beb. makan dalam. tunggu masa sesuai, tegur la kalau mampu. bukan tugas kawan tegur apa yang kurang pada kawan dia?

aku paling tak boleh bla bila cakap sesuatu dah memang betul, kawan buat muka. memang aku rasa nak koyak kan muka orang-orang macam ni. kalau dah betul tu, ikut je la. kalau salah, tegur. benda simple dah jadi complex. lebih complex kalau ke tahap makan hati, tertusuk jiwa. time tu baru kau gelabah nak mintak maaf, risau.

jangan pulak kau buat muka toya. serious, membosankan. macam Kristen Stewart ni. sama je. tak boleh nak baca apa-apa dari respon kauu. ini mungkin elok untuk kau berhentikan perbualan kawan kau yang superb tu? haha.

bila library jadi kedai kopi

/ 28 October 2011 /
yeay!!! exam week dah sampai. guys, aku benci exam week. sebab kepala hotak akan bekerja keras (kesian otak), masa makan kena baca buku, balik-balik buku jugak nak kena hadap. buku aku pon da bosan tengok aku sampai dia 'hilangkan' diri. selalu time takde mood nak renung buku, aku pon ajak member desague study sama-sama. orang kata bila berjemaah itu lebih afdhal..lagipon senang ko nak tanya atau mintak bimbingan ke jalan kebenaran kan. ya ya ya whatever..

setengah jam pertama, aku belajar bersungguh-sungguh, setengah jam lagi tangan kaki dan ubun-ubun rasa tak sedap je. tambah 30 minit, mulut aku rasa 'semut-semut' (kebas) pulak. otak aku mula create topik untuk adakan 'sedikit' chit-chat.

"muka ko tak maskulin la , cuba ko try pakai tudung guna sweater ko"
"aku tak nak la...camni ker??" sambil buat muka kiut dengan sweater birunya.
"hodoh pulak. benci ah aku tengok!" respon negatif yang diterima.
sambil malu rasa nak bunuh diri,"aku tau tak elok, dah pernah try dekat umah guna tudung mak." 
fine ko pernah try rupanya. yucks! masing-masing berebut-rebut menghina antara satu sama lain dan meja yang asalnya empat orang dah bertambah jadi lapan. kononnya datang join nak belajar tapi aku tahu niat busuk korang nak join ngumpat aje. consequent bertambah ahli meja, maka volume kteorang dah sampai pitch Ning Baizura barangkali.



tiba-tiba datang seorang pak cik berbaju hijau daun pisang,

"adik-adik semua pelajar tahun berapa? adik tahu tak kami ada sediakan bilik perbincangan untuk adik-adik buat discussion or nak buat bising. kami terima aduan yang adik-adik mengganggu orang lain dan meja ni boleh duduk empat orang je " 
Aku pon wakilkan diri mintak maap kat pak cik tuh. Dalam sanubari aku rasa sedih bercampur muahahahhaha..padan muka diri sendiri. Kami pon bersurai. Setelah investigate rupa-rupanya ada mamat belakang meja yang ngadu. kuang3X. Esoknye kat library still nampak mamat tu dan dia sangat beruntong kena aim ngan Desague. Pandai lak dia senyum time orang aim. Maaf mu diterima. Dismiss!

Ok aku ngaku memang salah kteorang buat bising kat library. Nasib bek aku tak bancuh kopi kat situ..

short entry #1

/ 27 October 2011 /
short entry :

LUPA KAWAN -- kau jangan sekali berperangai palat begini. serious shit. why? bila kau jumpa kawan baru. yang lama kau buang begitu. ibarat sampah kau buat manusia itu. atas dasar bosan dengan kawan lama atau seronok dengan kawan baru. aku pelik dengan orang berperangai begini. dapat kawan baru, lama dilupakan. kau pernah tak ingat kawan lama kau yang banyak tolong kau. then, kawan baru kau muncul. kau tinggalkan yang lama begitu sahaja? memang minta penampar percuma. dulu, susah senang kau. kawan lama juga tolong. walhal, kau tidak tahu menahu sejauh mana kawan baru kau sanggup tolong kau. please, do appreciate your old friends. they deserved it. at least, not to try lost contact. kawan yang baik sentiasa ingat kawan-kawannya. cuba jadi kawan yang baik. lupa kawan, kau tak layak untuk menerima kawan. kalau kau sendiri lupakan kawan kauu.

sahabat sejati

/ /

kembali bersama Nuha di rancangan Sahabat Sejati.

nak cari sahabat sejati bukan macam cari ayam dalam reban yang sememangnya bersepah sana sini. nak cari sahabat sejati itu memang sukar macam carik itik dekat hutan amazon. eh? ada ke itik dekat hutan amazon? entah la. apa yang aku nak bagi tahu, its really hard to fine truly solace best friend.

ini kisah bukan kau main acik cekup je untuk jadikan sesiapa jadi kawan baik kau. bagi aku, untuk cari sahabat baik @ kawan baik @ rakan baik @kawan sehidup semati ada beberapa list.

gelak sama-sama, nangis pun sama-sama.

benda yang ni memang termaktub dalam perjanjian lama ataupun baru bahawa memang sahabat sejati kena berendam mata serta bermuram durja kalau kawan baik dia tengah sedih. takde nak bagi alasan,

" aku sibuk la weh!"

that's what we call bitch who make that thing., kunun-kununnya dah declare as a best friend forever, tapi bila datang masalah, terus cabut. pui la!  a best friend, akan stay di mana kawan dia jatuh bukan tinggalkan dia. a best friend bila ada probs, terus tanya kat dia,

"hei, kenapa sedih-sedih ni? comot dah muka. ada masalah ea?"

seriously, aku suka the way best friend aku treat aku. heh. miss her so much!

pinjam shoulder.

ini bukan kena buat pembedahan or whatever. sila jangan jadi lurus bendul okay. *garu-garu bahu lepas tu lempang pipi sikit* bagi aku, a true solace best friend mesti la kena bagi kawan dia shoulder untuk cry bila dia rasa macam nak menangis. heh. itu sangat penting okay. shoulder akan rasa lebih warm dari kau bagi dia untuk hembus hingus dekat tisu tandas. okay, that's not cool. that's cruel.

akan lebih warm jugak bila kau tepuk-tepuk bahu dia sikit. kan make a good scenery?? sangat la kan?? tapi aku tak boleh la lend shoulder kat best friend aku sebab jantina kitorang ni opposite. sebelum aku lend shoulder, pang! kan dah kena lempang sepuluh belas kali oleh Encik Hamzah bapak si Sya itu. =='

tapi bila kau lend shoulder, jangan la kau tepuk bahu kawan kau kuat-kuat atau kata,

" weh, nak nangis boleh, tapi jangan lap hingus kat bahu aku. "

that's not phatetic tapi kelakar! #okbai

next is, bila kawan kau ada masalah, kau senyap, tutup mulut and tadah telinga untuk dengar.

sila jangan jadi crap bila kawan kau ada masalah, if dia nak show her masalah, jangan la pulak kau sibuk nak cerita gossip or Year End Sale kat Sogo or whatever. it's important untuk kau tadah teinga untuk dengar dia punya probs. jangan la kau pergi main mesej bila dia nak sharing masalah. must listen and even it's pretty hard untuk kau fokus kepada masalah dia *mungkin bosan sangat kot dia punya masalah* tapi must remember, maybe one fine day, bila kau ada masalah,dia jugak yang akan lend her or his telinga untuk kau.

****************************************************************************

" when it hurts to look back, nad you scared to look ahead, you can look beside and your best friend will be there."

it's important to have a good and nice best friend. 

Annoying

/ 24 October 2011 /
pehh! first entry untuk blog desague dari akuu. so, apa aku nak cakap disini? facebook, yes. social networking. kau penah rasa annoying tak dengan certain people on social network?  mungkin, engkau sendiri yang annoying. haha.
  • Love
aku terasa sangat mengjengkelkan kepada pasangan yang bercinta, nak cerita semua jadah harem sweet romantik yang kau buat. okay, aku tak kesah kalau setakat amik gambar sesama, comment wall-to-wall setakat 4/5 comment yang sweet, put status "in a relationship ____". tapi, aku paling tak boleh blaa bila dengan khidmat smartphone. semua message dalam phone yang sweet jiwang karat nak snap & upload on the spot kat facebook. nak show to whole world kau bermanjaa? seriously, not necessary! you look like a fool to get people attention to say "awwww~ soo sweeetttt!". haha!


then, nak snap gambar tunjuk satu album gambar kau & si dia jee? siap berpelukan & ada certain mangkuk ayun siap nak kiss. do you think that sweet enough? that's just a stupid mistake. nak-nak kalau yang buat tu muslim & bertudung. sama tak panjang akal pun siap memuji cakap sweet sangatt. gambar macam itu je sampai 40-50 gambar. tak payah la woi nak bangga sangat dengan kelakuan kau tuu. seriously, i think that kinda suck. why? cukup setakat 7/8 gambar la. people get it that both of u are in love. no need to show off! then, segala hadiah antara kau berdua amik gambar & upload kat facebook? tak rasa ke rahsia sweet serta romantik kau tu dah seluruh dunia tahu? aku rasa la kan, kat situ dah tak de nilai special sangat. sebab rahsia antara kau berdua patut tahu, dah ramai tahu. mula-mula, people will be like "ohh. so sweet both of you". tapi, lepas terlalu kerap dengan kebanggaan kau nak show off, people statement will be like this "geli aku tengok. berkepit 24 jam. ingat kau je ada couple?". cinta sakan nak mati, last-last kawin dengan orang lain. berpada-pada sudah.
  • Pages
Pages, aku rasa benda ni sangat annoying. pages setakat website, company, news & etc yang munasabah. itu kira okay la kan. memang customer perlukan pages tersebut untuk dapat info baru yang berkaitan dengan barang yang dorang pakai. pages macam 'Aku takkan mati kerna cinta tapi cinta ku untuk mu sampai aku mati', 'Fesbuk fesbuk jugak,jangan sampai x ingat dunia' & banyak lagi la yang tak masuk akal. macam bangang pun ye jugak. apa motif untuk wujudkan pages macam ni? aku rasa laa, saja nak jadikan sampah sarap dalam sistem facebook. aku sampai tahap terfikir, apehal la ramai sangat like pages sampah? apa istimewa sangat pages tak bermotif tu? memang menyemak kan news feed orang lain secara tidak langsung. aku rasa mcam bodoh kalau pages dijadikan link untuk comment. shit. memang aku rasa macam bercakap dengan Cleverbot. tak payah berfacebook aa kalau tujuan kau semata-mata nak like pages yang akan menjadikan ianya sampah difeeds orang lain & comment seakan orang tiada akal.
  • Request
family request (sister, brother, atuk, nenek, moyang). aku rasa menyemak sangat benda ni dimain request-request. kena kat aku, tanpa berfikir panjang aku memang reject terus kepada orang yang tiada pertalian keluarga dengan aku. haha. for what request? fake. konon la kan nak tunjuk kau rapat dengan sekian orang ni dan orang ni. kawan yang umur sebaya pun nak request sister. aku memang benci benda ni. seakan menyamatarafkan orang luar dengan family kau sendiri? family should always be top priority. family susah senang, itu jugak disamping kau. jadikan la mereka lebih special dari outsider yang datang dalam hidup kau. sampaikan kadang-kadang orang tak dapat bezakan family sebenar kau & kawan kauu.


in a relationship request, okay. aku ada accept request ni. & aku tidak berminat sama sekali sebenarnya. sebab tak de motif untuk aku letak in a relationship with malaun-malaun ni. mungkin, kerana terlalu ramai sangat couple kat muka bumi ni. yang sejantina pun sebok nak buat benda yang sama. manusia memang complex. simple jadi huru-hara. we should proud with what status that we stand for. if you are single, stand for it! not everyone can stand alone. 


application, lebih sampah sarap dari type of request yang atas ni. setakat nak tengok berapa orang view profile kauu? atau, quiz yang kau main? kau sedar tak menyemak kan feeds orang sekali lagi. nak main, main sorang-sorang cukup. tak payah nak publish menatang tuu. yang game pun apa kurang nyaa, setakat game facebook? farmville? & apatah lagi, invite orang yang main cukup. yang tak main pun terlibat sama. memang mintak sesuap makian monolog.
  • Picture
khas untuk perempuan yang show off their face to the public. albums, memang banyak gambar bajet cun amik angle dari atas siap muncung itik, make-up tebal & tunjuk manja. pehh! tak hadap nak tengok. angle, pose, style semua sama. yang cun pun boleh jadi tak cun. bosan bebb, bosannn! tengok benda yang sama. tahu la desperate pujian dari lelaki. nak lelaki cakap, "comel nya awak ni..." no need la woi! show some pride, man will chase you. itu baru yang tunjuk muka. belum yang tunjuk body yang gebu montok solid. haha. mungkin, kau suka begini. sebab tu show off melampau.
  • Status
hari-hari ada je manusia update status facebook. apa kena mengena dengan annoying & facebook? haa. mehh aku bagitahu sini. certain people love to express their feeling on facebook. sampai marah, sedih, maki hamun semua keluar. okay, top 3 emotions aku pilih. why? sebab, kebanyakan nya akan mencarut lebih bila dalam keadaan ni. hormone imbalance, perempuan la ni utamanyaa. aku rasa tak perlu. seriously, not necessary. masalah bawak ke facebook & bagitahu seluruh dunia kau dalam kesedihan & mintak simpati? tak perlu la. kalau betul mustahak, macam kematian ahli keluarga & nak hebahkan, itu munasabah. kalau setakat ikan mati, break dengan balak/awek. nak touching segala bagai. kau lupakan je laa. kau bertindak tak matang. orang meluat. simple as that. 


marah, memaki hamun orang tak tentu pasal kat facebook? kau sedar tak kau dah sebab kan orang lain pandang rendah pada kauu? secara tidak langsung, kau pun sebab kan orang lain marah atas kata-kata kau yang tak bertamadun sebab marahkan seseorang. jangan bertindak guna kepala lutut boleh tak? ingat dengan memaki hamun orang kat laman sesawang akan buat orang impress dengan kelakuan kau tuu? harapan je laa. _________________________________________________________________


SOCIAL NETWORKING -- jadah yang serba maju ni tersebar dalam masa milisecond je. & tak kan sekali apa yang kau dah upload akan mudah delete macam tu je. kau connect dengan ramai orang, mudah sangat dapat caci, maki, hamun, umpatan, topup dosa secara tidak langsung. nak bersosial tu, berpada-pada laa. tak payah sampai ketahap orang meluat dengan kelakuan kau. "ehh? pedulik apa facebook aku?! suka hati aku la nak buat apa!" haha. kalau kau buat suka hati kau, sampai orang sumpah seranah. baik tak payah la woi. menyusahkan orang je. baik-baik facebook user tu guna kan facebook just untuk connect dengan relatives, friends, kau dah susahkan hidup orang tu dengan benda tak masuk akal macam application tu laaa. setakat sikit-sikit orang boleh terima lagi. untung kalau pemurah orang tu nak bagi pujian yang ikhlas. bila melebih-lebih, segala kutukan kau free dapat. fikir rational nak entertain pun.

    perempuan bajet hot takde beza dengan monyet.

    / /
    assalamualaikum. hai korang-korang! kembali bersama Nuha di rancangan Desague. tajuk kita pada hari ini ialah

    perempuan bajet hot takde beza dengan monyet!*tepuk tangan dengan kuat!!! *

    kenapa aku cakap macam tu? cuba korang-korang tengok gambar ni.



    bwahaha, bagi aku, gambar diorang berdua ni dah takde beza. please girl. jangan memalukan kaum wanita dengan membuat gaya hot la kunun-kununnya. pui la! muka macam mintak kaki lepas tu mintak pelempang laju-laju.

    wahai gadis hot! *perasan hot sebenarnya* aku tahu mungkin kau akan cakap,

    " gambar aku! suka hati aku la. kau nak sibuk-sibuk apesal pulak? mak bapak aku tak bising pun!"

    pang! kepala aku rasa berpusing. itu hak kau untuk ambik gambar macam tu. jadi ini pulak hak aku untuk komen gambar kau. jadi, jangan nak marah sangat la kalau ada orang kutuk gambar kau. apesal? kau bajet ada orang nak komen gambar kau yang cantik ini. *kunun-kununya la* pui la!

    ini bukan the only stereotaip yang wujud. banyak lagi. TERlalu banyak sampai rasa nak ketuk-ketuk kepala dengan hammer. please girl. jangan memalukan Malaysia dengan buat dan amik gambar macam tu. sangat JALAN HAJI TAIB okay! ewww.

    aku tahu dengan mengambil gambar dengan mulut terjojol, pasti membuatkan kau terpikir yang kau ni hot macam Megan Fox ataupun Angelina Jolie.


    sangat cun okay! ini kita panggil bergaya bukan JALAN HAJI TAIB.


    ini pulak kita panggil Hollywood, walk of fame. ini bukan JALAN HAJI TAIB, WALK OF HELL.

    bwahaha. dengan mengambil yang hot *kunun-kununnya la* membuatkan aku tergelak terguling-guling. ianya sekali gus merendahlan martabat korang. jangan fikir, seksi itu semuanya hot. kau amik gambar normal-normal pun boleh buatkan orang tertarik. tak perlu nak jojolan mulut macam monyet itu. 

    be natural guys! *dah macam pakar fesyen sudah!*

    apa-apa pun, amik iktibar dan please, jangan nak camwhorring sangat la sebab boleh jadi sangat menakutkan! girls, take this lesson dan jangan nak over sangat amik gambar. please respect terhadap manusia lain yang mungkin muntah tengok gambar macam tu. aku tahu, ianya kind like trend yang kadang-kadang full dekat facebook.

    pang! menjelikkan!

    aku rasa mesti monyet tu pun nak pelempang korang sebab amik gaya fesyen dia berkamera. bwahaha. got to go people. daa~

    hati-hati semua. jangan sampai terjatuh dalam longkang. kalau jatuh, sila bangun sendiri!!!

    permulaan warga desague. teaser

    / 23 October 2011 /
    sebelum itu.

    desague : dey - sa - gu - air. tapi telah kami ubah menjadi , : dey - sa - gi


    ini cerita desague. apa maksud desague. itu cari sendiri. jangan nak malas. ini cerita kami warga desague. bila aku maksudkan 'kami' sudah tentu bukan hanya aku saja peneraju utama blog baru ini. ada beberapa orang lain yang akan terajui sama. taraf mereka bukan sudah tahap desague. malah lebih daripada itu.

    hendak belajar dari mereka untuk jadi desague yang berjaya? aku rasa baik tak payah. jadi manusia normal pun dah cukup walaupun aku rasa ramai je desague kat dunia ni. malah lebih dari kami pun ada. ini permulaan sebuah cerita. kami gemar untuk ber'desague' .telah kami, warga desague berbincang, apa yang yang patut ditulis sepanjang wujudnya 'desagues-desague.blogspot.com' ini.

    ya. ada banyak idea dan ianya sangat menerujakan. just wait & see bila desague mula tunjuk sifat-sifat manusia yang kadang kala tiada siapa yang ingin akui. jangan sekali sekala menolak kenyataan apa yang akan kami coretkan. sebab ianya kebenaran.

    bila kami mula berbicara, semua 'desague' itu akan keluar walaupun kami cuba menahan sedaya upaya untuk menjadi normal. *gulung-gulung rambut*  ini dunia desague, kami yang tentukan peraturan bila anda berada di dunia desague.

    teaser. tak perlu lebih-lebih sebab ianya akan bosan bila terlalu banyak informasi cuba dicerap. ini pun sudah cukup. sila berhati-hati semua. kalau jatuh dalam longkang, sila bangun sendiri.